Anugerah Juara Bumi

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Environment) telah menubuhkan anugerah Juara Bumi (bahasa Inggeris: Champions of the Earth) pada tahun 2005 sebagai sebuah program anugerah tahunan bagi mengiktiraf pemimpin alam sekitar yang cemerlang daripada sektor awam dan swasta serta persatuan sivil. Biasanya, lima hingga tujuh pemenang akan dipilih bagi setiap tahun. Setiap pemenang akan dijemput ke majlis anugerah untuk menerima trofi, memberi ucapan penerimaan dan mengambil bahagian dalam sidang akhbar. Tiada anugerah kewangan diberikan.[1][2] Program anugerah ini merupakan pengganti kepada anugerah Global 500 Roll of Honor UNEP.[2]Pada tahun 2017, program ini telah diperluaskan untuk memasukkan Juara Muda Bumi (bahasa Inggeris: Young Champions of the Earth) – sebuah anugerah bagi inovator berbakat yang berusia antara 18 hingga 30 tahun dan menunjukkan potensi yang menonjol untuk memberikan impak positif kepada alam sekitar. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Covestro, sebuah syarikat plastik. [3] Anugerah ini diberikan pada setiap tahun oleh Program Alam Sekitar PBB kepada tujuh ahli alam sekitar muda dari seluruh dunia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun atas idea cemerlang mereka untuk melindungi alam sekitar.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Anugerah Juara Bumi http://www.global500.org/attachments/G500_2004_New... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20... http://www.unenvironment.org/youngchampions/bio/20...